Bermula Kerjaya

Hari bersejarah hehe...

Maka tamatlah pengajian di sini! Dan bermula kerjaya sebagai Perunding Hartanah Berdaftar 

Alhamdulillah sepanjang pembelajaran di National Institute Of Valuation (INSPEN),
pelbagai peristiwa berjaya ditempuh dan antara yang paling sukar adalah kemalangan kecil yang melibatkan jahitan di kepala. Cuai sungguh heeeeee

Saya sungguh berterima kasih kepada tenaga pendidik khususnya , family dan rakan-rakan yang mengenali dan juga ahli kumpulan Integrated Paper/Projek di akhir semesta.

Memang best belajar di Institut Penilaian Negara ,
selain dapat menimba ilmu berkaitan harta tanah banyak juga pengalaman lain yang diperolehi.

Nak yang lagi best ??

Nantikan perkongsian saya huhu ..


Konvokesyen ke 10 


Di Institut Penilaian Negara (INSPEN), sepanjang proses pembelajaran kami disediakan penginapan percuma (hostel) untuk Pelajar Sepenuh Masa. Apa yang lagi menarik, untuk satu bilik hanya dimuatkan 2 orang pelajar sahaja..sangat selesa. Suasana belajarpun best yang lagi ohsem segala kemudahan yang ada, kami dibenarkan untuk menggunakannya...itulah sedikit perkongsian tempat belajar.

Well bukan mudah utk tamatkan pengajian di sini, especially dalam kos Real Estate Agency macam-macam tapisan dilakukan ketika pemberian markah di setiap peperiksaan . Tapisan dibuat sehingga pihak atasan Board of Valuers, Appraisers, Estate Agents & Property Managements Malaysia Malaysia (BOVEA) dan majoriti sebahagian daripada pelajar full time dan part time terkandas .

Fuhhh saya bernasib baik Alhamdulillah sepanjang belajar di sini , Allah permudahkan segala urusan dan pencapaian saya juga memuaskan dan menggembirakan tenaga pengajar khusus dalam subjek tertentu di setiap semesta .

Untuk Inspen , saya batch 2013/2014 ๐Ÿ˜„
Ohsem ๐Ÿ˜‰

Yeahhh berakhir pengajian, bermula sebagai Perunding Hartanah sebenarnya banyak juga cabaran dan rintangan yang terpaksa dihadapi..hanya yang cekal sahaja akan terus berjuang..

Untuk kisah ini , nantikan perkongsian saya akan datang.

Sebelum tu, bolehlah lihat foto-foto di bawah. Mana tahu ada yg nak jadikan calon menantu ke ?

hahaha gurau saja !!

Assalamualaikum ...



Family yang berkesempatan hadir

Bangunan belakang tu laa ? INSPEN











Comments