HOUSING LOAN

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Baiklah .. kali ni saya ditanya oleh seorang client berkaitan pinjaman perumahan dan soalannya berikutan loan rumah dalam proses . Beliau beli rumah melalui saya di Pusat Komersial Seksyen 7 Shah Alam pada beberapa hari yang lalu.

Secara ringkasnya, berikut merupakan perkongsian untuk anda

PINJAMAN PEMBIAYAAN PERUMAHAN



Jenis Pinjaman : asasnya untuk kefahaman adalah seperti berikut, namun bank juga ada menyediakan Islamic Loan Financing dan lagi indah jika anda menggunakan Islamic Loan Financing.
  • Flexi Loan
  • Term Loan
Dari segi perkiraan kadar faedahnya, hampir kesemua jenis pinjaman perumahan ini dikira berdasarkan kiraan ‘daily rest’. Secara ringkasnya, daily rest interest ini adalah kiraan kadar faedah yang dikira secara harian berdasarkan baki jumlah pinjaman.

Oleh kerana itu, tidak terdapat perbezaan dari segi bayaran ansuran bulanan bagi Term Loan, Flexi Loan mahupun Semi flexi Term Loan selagi kadar interest rate yang ditawarkan adalah sama.

Kebanyakan bank mengenakan kadar faedah berdasarkan BR (Base Rate). Jadi, jika kadar BR ini naik, bank sama ada akan memanjangkan tempoh pinjaman atau meminta peminjam untuk menambahkan amaun bayaran bulanan.

Perbezaan penting yang membezakan diantara Term Loan, Flexi Loan dan Semi-flexi Term Loan adalah:

Flexi Loan
Pihak bank akan membuka Akuan Semasa (Current Account) atas nama si peminjam. Akaun Semasa ini akan dihubungkan dengan akaun pinjaman (Loan Account).
Bank akan membenarkan si peminjam untuk membuat extra payment dari jumlah amaun ansuran bayaran bulanan yang sepatutnya bagi mengurangkan faedah pinjaman.
Si peminjam boleh membuat extra payment ini dengan memasukkan duit lebihan itu ke dalam Akaun Semasa atau Akaun Pinjaman pada bila-bila masa tanpa perlu memberitahu kepada pihak bank terlebih dahulu.
Pihak bank membenarkan si peminjam untuk mengeluarkan kembali duit lebihan tadi pada bila-bila masa melalui ATM, buku cek, etc tanpa perlu memberitahu kepada pihak bank terlebih dahulu.
Bank akan mengenakan caj bulanan ~ RM10 sebulan. Tetapi, terdapat juga bank yang tidak mengenakan caj bulanan ini (waiver).

Kelebihan:
Pinjaman jenis ini adalah seperti kemudahan overdraf. Jika peminjam ada duit lebih, boleh depositkan ke dalam Akaun Semasa. Ini akan mengurangkan prinsipal pinjaman dan menjimatkan faedah. Jika si peminjam memerlukan wang, duit lebihan yang didepositkan tadi boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.

Term Loan
Pihak bank membenarkan si peminjam untuk membuat extra payment bagi mengurangkan principal, tetapi ada kalanya si peminjam perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak bank.
Terdapat juga bank yang tidak membenarkan peminjam untuk membuat extra payment. Semua syarat ini terdapat pada Letter Offer yang dikeluarkan oleh pihak bank.
Walaupun peminjam ada membuat extra payment ke atas ansuran bulanan pinjaman, bank tidak membenarkan si peminjam untuk mengeluarkan duit lebihan tadi.

Kekurangan:
Tidak boleh mengeluarkan duit lebihan ke atas extra payment yang dibuat.
Ada bank yang tidak membenarkan peminjam untuk membuat extra payment bagi mengurangkan prinsipal. Jika extra payment dibenarkan, ada kalanya perlu memaklumkan kepada pihak bank terlebih dahulu.


Secara mudahnya pinjaman jenis Flexi Loan adalah yang terbaik kerana dengan mendepositkan lebihan wang ke dalam akaun, kita dapat mengurangkan faedah pinjaman dan mengurangkan tempoh pinjaman. Dalam pada masa yang sama, jika kita memerlukan duit, duit lebihan tadi boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.

Rumah Idaman SAYA 
Sekian sahaja untuk sharing pada kali ini, terima kasih pada semua pembaca :)
"Credit to Duit Iqmal"

Semoga anda dapat manfaat atas ilmu ini.
Jika ianya bermanfaat , silakan share yer jgn lupa creditkan pada saya huhuuhu!

Comments

  1. Very useful post. This is my first time i visit here. I found so many interesting stuff in your blog especially its discussion. Really its great article. Keep it up.
    singapore refinancing home loan

    ReplyDelete

Post a Comment